ManusIa ModEn, PeMikIran PurBa

assalamualaikum...

bertemu lagi kita di sini..hahaa. habis nak di mana lagi kan. sini sajalah tempatnya.. okeh tajuk besar kita hari ini " manusia moden,pemikiran purba".. okeh sejarah menunjukkan yang hidup kita semakin hari semakin bertamadun. tetapi adakah pemikiran kita turut selari dengan penigkatan  tamadun itu ?

Mari kita kupas persoalan ini bersama. menurut buku sejarah tingkatan 4 bab 1, tamadun berasal daripada perkataan Arab iaitu mudun, madana, dan madain yang membawa maksud tinggi budi bahasa dan pembentukan bandar. Dalam bahasa inggeris pula tamadun bermaksud civilization yang berasal daripada perkataan Greek 'civitas' yang bermaksud bandar. Tamadun boleh diertikan sebagai PERADABAN.

Menurut sarjana Barat : tamadun ialah pembangunan lahiriah dalam hal berkaitan kebudayaan.Tamadun diukur berdasarkan pencapaian lahiriah. Unsur rohaniah tiada kaitan dalam mengukur tamadun.

Okeh sekarang pandangan sarjana Islam : tamadun ialah pembangunan lahiriah dan rohaniah. Tamadun iala pencapaian yang tinggi dalam tatasusila dan kebudayaan. Unsur rohaniah sangat penting dalam mengukur tamadun.

sekarang kita dapat lihat perkembangan masyarakat kita pada zaman ini sama seperti yang digambarkan oleh sarjana barat. di mana kita hanya bertamadun dari segi pembangunan lahiriah dan kebudayaan sahaja. ini jelas ditonjolkan oleh masyarakat kita zaman kini yang disangka bertamadun. yang dikatakan masyarakat moden.Mereka selalu membuat perkara seperti orang yang tidak waras. pemikiran mereka pemikiran yang tidak rasiona sama seperti masyarakat jahiliyah. adakah zaman kita ini zaman jahiliyah moden ?bolehkah kita berkata begitu ? Ya! boleh. atas sebab apa ? atas sebab perbuatan kita sendiri. aktiviti seharian kita. apa yang telah kita lakukan ? kita lihat sendiri. muhasabah diri. kes pembuangan bayi meningkat dari hari ke hari. kalau dulu hanya bayi perempuan yang di tanam hidup-2 kerna darjat perempuan dipandang rendah. tetapi kini lagi teruk. bayi lelaki dan perempuan dibuang di merata-rata tempat seperti sampah. sebenarnya orang yang melakukan perkara keji itu ialah sampah. bukan sahaja dibuang,malah bayi-2 tersebut turut dibunuh,disumbat dalam mangkuk tandas,dikisar,dimakan oleh semut . Masyaallah! Allahuakhbar! . Ampunkanlah umat di zaman ini ya Allah.

Mereka lebih suka melepak bersama-2 syaitan,minum air kencing syaitan dan melakukan perkara maksiat. rumah Allah dipandang enteng sahaja. malah ada yang tidak memandangnya langsung. sedih, sebak hati ini melihatnya. Andainya Nabi kita Muhammad s.a.w masih ada pada hari ini. apa yang akan dikatanya ? bayangkan satu masa tatkala kita sedang leka berfoya-foya. bertiuplah sangkakala,maka gugurlah apa yang di atas ke bumi dan yang di bumi habis berkecai semuanya. sempatkah kita semua bertaubat ? muhasabah diri anda..

p/s : andai ada bahasa yang kurang atau tidak disenangi. mohon diampunkan. saya hanya ingin berkongsi ilmu dan pandangan. andai ada sebarang tambahan sila-2 lah tambah di ruangan komen. insyaallah perkongsian ilmu akan diberkati Allah

Comments

Popular posts from this blog

Rindu

Hari Raya Kita....2015, August 1