Posts

Showing posts from 2012

T@kdiR cinT@ku

Image
Sudah ditakdirkan cintaku tidak berkekalan lama..hanya bertahan untuk seketika waktu sahaja..Adakah aku tidak layak untuk mengecapi kebahgiaan? Apakah cinta itu tidak layak untukku miliki? Benarkah apa yang dikata orang bahawa cinta itu dusta? cinta itu buta? Bagaimana hendak ku kecapi cinta yang bahagia..Selama aku mengenali cinta aku hanya bersedih,menangis,meratap,merana...Dulu mungkin aku berani mendekati cinta,namun kini aku ragu,takut untuk mengenali cinta..aku tidak yakin untuk menghampiri perasaan itu..aku risau perkara yang sama akan terjadi kepadaku..aku takut..aku takut..aku lemah untuk hadapinya...Aku takut untuk mengenali cinta kerna aku takut aku akan melukai hati insan yang aku cinta..aku tidak kisah andai hatiku beribu kali terluka...aku amat takut andai aku melukai insan lain..biarlah orang menyakiti hatiku..

Hidup KU

Image
Di hayat ini aku hanya cuba membuat mereka-mereka yang mengenali aku dan rapat denganku tersenyum gembira bersama gelak tawa riang.Aku tiada mengira sama ada waktu itu aku berduka mahu merana kerana apa yang aku kisahkan hanya kebahagiaan mereka.Aku akan gembira pabila melihat mereka tersenyum tertawa.Namun,sepanjang hidupku aku hanya melihat tangisan dan kekecewaan di wajah mereka saat aku mendekati mereka.Aku seringkali memikirkan apa salahku? apa yang telah aku lakukan? aku sendiri tidak mengerti!! Aku tidak ingin melihat mereka bersedih kerna aku tidak ingin mereka rasa apa yang telah aku rasa selama ini..Aku pernah menjadi bagai pungguk rindukan bulan,menanti bulan jatuh ke riba,menanti saat gembira.Aku juga pernah jadi Si Gila yang alpa akan duniawi hingga ketepikan segalanya.KIni aku sedar itu semua tiada erti kerna dunia ini hanya SEMENTARA!!!

Rindu

Image
Sering kali kita dengar orang-orang di sekeliling kita mengatakan rindu,tapi apa yang dirindukan mereka? hanya mereka yang tahu.Banyak perkara yang dapat kita rindukan seperti kisah silam kita yang penuh dengan gelak tawa dan ceria kawan-kawan serta sanak saudara melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti mandi sungai,memancing,berkelah,berkhemah dan sebagainya.Namun,percayalah saat yang paling kita rindui pabila usia meningkat dewasa adalah saat kita dibangku sekolah bersama kawan-kawan yang masih hingusan.haha :)...Banyak yang telah kita tempuhi.Benar? Kita dimarahi guru-guru,kita membuat lawatan,sertai perkhemahan sekolah,bersukan dan banyak lagi.Saat-saat inilah merupakan saat yang paling berharga dalam hidup kita kerna dik saat itu kita berjaya pada masa kini..