Asyraaf

This is one special entry by my big bro in UiTMJ kampus Segamat, Fitri. This entry was specially drafted for me as the long journey we had together since our first met in Part 1 until our final semester Part 5. Okay let's see what he got for me:

                                                                 
                                                                    FILE 1 : ASYRAAF

Nama diberi ialah Mohammad Nur Asyraaf Bin Johan. Dia adalah budak akaun pertama yang aku kenal. Walaupun perangai dia macam masuk air tapi aku suka cara dia. Kebanyakan masa Minggu Destini Siswa/Siswi (MDS) aku bersama dia dengan Lutfi. Aku seronok sebenarnya berdamping dengan mereka. Waktu MDS, punchline mereka selalu buat aku ketawa.

Malangnya jodoh kami pendek. Semasa pembahagian kelas, aku terpisah daripada Asyraaf dan Lutfi. Mereka dapat kelas A. Aku kelas C. Dari dulu sebenarnya aku berniat nak masuk kelas A tapi tak pernah menjadi. Mungkin sebab ini juga aku lebih rapat dengan lelaki kelas A berbanding kelas sendiri.

Walaupun kelas lain-lain, kami selalu juga berjumpa sebab bilik dia bawah bilik aku. Memang akan terserempak. Kadang-kadang buat study group dengan kelas A. Aku pun join sekali. Cara kami iala, soal jawab selama dua jam dan selalunya bergaduh sebab fahaman kami berlainan. Selalunya kami dapat kata putus selepas buka nota sebab soal jawab kami memang tak buka nota. Namun, semakin lama kami belajar, teknik ini sudah tidak relevan. Jadi kami ambil keputusan untuk belajar sendiri. Ini bersesuaian juga dengan keadaan mental kami yang semakin malas.

Kalau bab bersembang pasal subjek ataupun benda-benda lagha, he's the one. Tak ramai yang aku boleh bawa berbual pasal subjek secara informal. Ramai yang suruh aku cerita benda lain tapi Asyraaf akan join aku. Jadi aku dapat belajar walaupun sedikit daripada perbincangan itu. Mungkin sebab ini kamu Top 2 dalam batch dengan beza CGPA 0.01.

Ada sekali kami terpaksa ikut program HIGH ACHIEVERS. Kak Noor makan sekali dengan kami. Waktu ni Kak Noor tanya macam-macam tips dari kami dan of course tips kami sangat berbeza. Aku dengan cara aku. Asyraaf dengan caranya. Hujung perbualan kami. Kak Noor cakap yang dia salute kami sebab walaupun compete each other, tapi masih dapat jalan sama-sama buat aktiviti bersama. Aku dengan Asyraaf pelik kenapa Kak Noor cakap macam itu. Mungkin dia dulu hadapi benda yang berbeza dari apa yang kami alami. Bagi aku, Asyraaf adalah orang yang boleh buat aku fokus. Kalau bukan sebab dia, aku tak akan struggle untuk dapat 4 flat.

Aku juga antara yang mampu duduk sebelah dia waktu test dan tak koyak. Ramai akan koyak jika melihat cara dan gaya dia menjawab soalan tapi aku tidak. Walaupun kadang-kadang aku pelik kenapa cara dia jawab terlalu kontra dengan aku tapi aku biarkan sebab jawapan dia. Cuma akan betul pada hujung waktu menjawab soalan. Selain waktu ini, kebanyakannya salah.

Walaupun dia agak annoying dengan perangai masuk air, tapi secara kesuluruhan he's a good friend indeed.


p/s: Ini merupakan entry asal daripada salah seorang sahabat/pesaing/penyokong saya sewaktu zaman diploma, Mohd Fitri Mohd Noor. I really appreciate what he had done for me since our first met till the last moment. We go through our Diploma together and pass with flying colors. It was nice to have such a friend. Keep In Touch.


This is the High Achievers Program that we attended. This was the last day which was the closing ceremony.


and this is the pic from our Masquerade Night. Fitri is on the very left.

Comments

Popular posts from this blog

Rindu

Hari Raya Kita....2015, August 1